Tuesday, October 14, 2008

kenapa perlu ada autonomi sendiri?

Apabila pergerakan ini berautonomi sendiri, lazimnya mereka seringkali menghadapi masalah dalam membuat keputusan terutama jika ianya bertentangan dengan dasar yang diamalkan di negara tersebut. Perkara ini selalunya akan menimbulkan polemik antara keduanya dan turut memberi impak kepada perhubungan keduanya. Jika hubungan renggang ini berterusan, pihak yang menerima lebih tekanan adalah di pihak pergerakan wanita tersebut memandangkan kuasa negara lebih besar. Sekatan aset ekonomi, bantuan dan disenarai hitam akan membuatkan pergerakan tersebut lumpuh dan sukar meneruskan agendanya. Pemisahan dari kelompok negara juga menyebabkan pergerakan tersebut sukar untuk memainkan peranan dalam negara sendiri dan turut menghadapi masalah berkaitan ekonomi. Contoh yang pernah berlaku di negara Jerman, pergerakan wanitanya gagal menyakinkan negara agar melakukan pembaharuan kepada kebebasan awam semasa era perubahan sedang berlaku. Berbanding dengan situasi di Jerman Timur yang lebih baik, peranan wanita tersebut gagal berikutan mereka gagal mengadakan hubungan yang baik dengan pihak kerajaan. Dalam kes berlainan, pemisahan ini hanya memberi kelebihan kepada sebahagian segmen sahaja, dan meninggalkan yang lebihnya dalam keadaan lemah. Faktor ini jelas apabila hanya pergerakan feminist liberal sahaja dilihat paling berjaya berbanding feminisma radikal, feminisma Marxist/sosialis dan feminisma psikoanalitik. Pendekatan kedua pula mengkaji ilmu feminis sebagai satu proses yang digelar sebagai gelombang pertama, gelombang kedua dan gelombang ketiga.

No comments: