ANALISIS
Penglibatan wanita di dalam arena politik masih merupakan suatu perkara yang agak sukar walaupun terdapat peruntukan bagi mereka berbuat demikian di sesebuah negara. Memperkasakan wanita di dalam arena politik mempunyai potensi untuk membawa perubahan di dalam masyarakat. Adalah penting memandangkan penglibatan mereka di dalam badan-badan pentadbiran di peringkat kebangsaan dan juga tempatan boleh membawa kepada dasar-dasar dan undang-undang yang memfokuskan kepada wanita, kanak-kanak dan keluarga. Hal-hal seperti ini selalunya terlepas pandang jika tiada suara dari golongan tersebut yang mempersoalkannya.
Walaupun halangan-halangan untuk menyertai parliman-parlimen peringkat kebangsaan dan tempatan telah pun dihapuskan hampir di setiap negara, ia masih tidak mencukupi untuk memberikan keseimbangan gender di dalam pentadbiran. Walaupun ruangan dan proses-proses politik telah terbuka, bilangan wanita di dalam jawatan-jawatan yang boleh membuat keputusan masih tidak meningkat secara automatik. Pada permulaan zaman kanak-kanak, wanita menghadapi diskriminasi yang berbeza daripada peringkat bawahan pendidikan kepada
KESIMPULAN
Pergerakan wanita-wanita di pelbagai telah memperjuangkan kesaksamaan dan memperkasakan wanita, tetapi mereka kadangkala tidak disedari oleh pihak-pihak kerajaan dan agensi-agensi antarabangsa. Penglibatan wanita pada peringkat awal pembentukan dasar boleh membantu dalam memastikan program-program yang direka adalah berdasarkan keperluan wanita dan kanak-kanak. Menghapuskan diskriminsai gender boleh menghasilkan imbuhan berganda, memenuhi hak-hak wanita dan bergerak maju ke hadapan di dalam merealisasikan hak kanak-kanak jua. Dengan usaha yang dilakukan bersama-sama, kemajuan yang boleh dilihat, berdasarkan hormat, hak-hak kemanusiaan universal dan peluang yang saksama, boleh dilakukan untuk mengubah sikap-sikap, kelakuan, adat, undang-undang, institusi dan amalan di dalam masyarakat yang berbentuk diskriminasi.. Kerajaan dan kerjasama pertubuhan wanita serta parti politik mempunyai peranan yang penting dalam menyokong kuasa politik wanita. Mereka melakukannya dengan menyokong isu-isu yang sensitif terhadap gender di kalangan pegawai atau menubuhkan forum-forum dasar yang komprehensif, seperti kementerian wanita dan biro-biro. Pandangan serta tindakan terhadap gender yang berubah dalam kerajaan dan politik telah membenarkan penglibatan wanita di dalam badan perundangan negara, kerajan tempatan dan proses-proses keamanan bukan sahaja dapat merubah keadaan politik semasa, malah ia turut berubah memandangkan adanya peranan wanita dalam kancah politik yang secara langsung akan membantu memfokuskan hal-hal eksklusif wanita.
No comments:
Post a Comment