Wednesday, October 15, 2008

Di Britain umpamanya, setelah berlaku pertukaran kepada kerajaan dibawah pimpinan Margaret Thatcher nyata memberi kelainan apabila dasarnya berjaya membawa perubahan positif kepada pergerakan feminis. Pertukaran rejim yang telah berlaku ini membolehkan golongan feminis mendapat suasana yang lebih baik berbanding pemerintahan sebelumnya. Namun begitu, terdapat juga kes yang sebaliknya sepertimana yang pernah berlaku di Itali, apabila kombinasi rejim Cristian Demokratic dan partitocrazia (sebarang tuntutan hanya melalui parti politik) telah menghadkan autonomi pergerakan. Hal ini telah menyebabkan pergerakan wanita lemah dan terpaksa masuk kedalam pergerakan politik sekiranya ingin membuat sebarang tuntutan. Pergerakan wanita masih lagi memerlukan strategi khas terutama dalam menghadapi situasi tahap autonomi dan negara. Faktor negara dapat memberi impak besar kerana negara yang terlalu mengawal setiap aktiviti pergerakan wanita boleh melemahkan pergerakan tersebut kerana kesukaran membuat keputusan terutama apabila berhadapan perkara yang bersangkut paut dengan dasar negara.

ANALISIS

Penglibatan wanita di dalam arena politik masih merupakan suatu perkara yang agak sukar walaupun terdapat peruntukan bagi mereka berbuat demikian di sesebuah negara. Memperkasakan wanita di dalam arena politik mempunyai potensi untuk membawa perubahan di dalam masyarakat. Adalah penting memandangkan penglibatan mereka di dalam badan-badan pentadbiran di peringkat kebangsaan dan juga tempatan boleh membawa kepada dasar-dasar dan undang-undang yang memfokuskan kepada wanita, kanak-kanak dan keluarga. Hal-hal seperti ini selalunya terlepas pandang jika tiada suara dari golongan tersebut yang mempersoalkannya.

Walaupun halangan-halangan untuk menyertai parliman-parlimen peringkat kebangsaan dan tempatan telah pun dihapuskan hampir di setiap negara, ia masih tidak mencukupi untuk memberikan keseimbangan gender di dalam pentadbiran. Walaupun ruangan dan proses-proses politik telah terbuka, bilangan wanita di dalam jawatan-jawatan yang boleh membuat keputusan masih tidak meningkat secara automatik. Pada permulaan zaman kanak-kanak, wanita menghadapi diskriminasi yang berbeza daripada peringkat bawahan pendidikan kepada gaya sosial semasa yang meragui kecekapan mereka sebagai pembuat keputusan. Diskriminasi ini, termasuklah beban kerja wanita yang jauh lebih berat, tidak menggalakkan serta menghalang wanita daripada menyertai politik serta meninggalkan kurang masa dan tenaga untuk kehidupan umum. Kuota mungkin adalah merupakan kaedah yang telah terbukti di dalam memastikan wanita dapat memasuki arena politik. Secara keseluruhan, daripada 20 buah negara di dunia ini yang mempunyai lebih ramai wanita di dalam parlimen, 17 menggunakan salah satu bentuk sistem kuota. Untuk lebih berkesan, namun begitu, kuota mestilah disokong oleh pihak-pihak ahli politik dan sistem pengundian yang beriltizam untuk menggalakkan penglibatan wanita di dalam politik dan kerajaan

KESIMPULAN

Pergerakan wanita-wanita di pelbagai telah memperjuangkan kesaksamaan dan memperkasakan wanita, tetapi mereka kadangkala tidak disedari oleh pihak-pihak kerajaan dan agensi-agensi antarabangsa. Penglibatan wanita pada peringkat awal pembentukan dasar boleh membantu dalam memastikan program-program yang direka adalah berdasarkan keperluan wanita dan kanak-kanak. Menghapuskan diskriminsai gender boleh menghasilkan imbuhan berganda, memenuhi hak-hak wanita dan bergerak maju ke hadapan di dalam merealisasikan hak kanak-kanak jua. Dengan usaha yang dilakukan bersama-sama, kemajuan yang boleh dilihat, berdasarkan hormat, hak-hak kemanusiaan universal dan peluang yang saksama, boleh dilakukan untuk mengubah sikap-sikap, kelakuan, adat, undang-undang, institusi dan amalan di dalam masyarakat yang berbentuk diskriminasi.. Kerajaan dan kerjasama pertubuhan wanita serta parti politik mempunyai peranan yang penting dalam menyokong kuasa politik wanita. Mereka melakukannya dengan menyokong isu-isu yang sensitif terhadap gender di kalangan pegawai atau menubuhkan forum-forum dasar yang komprehensif, seperti kementerian wanita dan biro-biro. Pandangan serta tindakan terhadap gender yang berubah dalam kerajaan dan politik telah membenarkan penglibatan wanita di dalam badan perundangan negara, kerajan tempatan dan proses-proses keamanan bukan sahaja dapat merubah keadaan politik semasa, malah ia turut berubah memandangkan adanya peranan wanita dalam kancah politik yang secara langsung akan membantu memfokuskan hal-hal eksklusif wanita.

PENGARUH PERTUKARAN PUCUK PIMPINAN NEGARA

Masalah turut timbul apabila belaku pertukaran pemerintahan negara. Pertukaran ini akan memberi kesan keatas perhubungan yang wujud samada lebih baik atau sebaliknya. Dalam kajian pergerakan wanita di Eropah timur dan Eropah tengah, serta di Amerika Latin, telah mendapati bahawa pertukaran rejim dapat memberikan kesan yang cukup besar kepada aktiviti dan pergerakan wanita ini. Pertukaran rejim juga lazimnya akan turut membawa kepada perbezaan dari segi peluang, pembiayaan kewangan, dan keadaan yang boleh memberi impak kepada pergerakan wanita di sesebuah negara.

Tuesday, October 14, 2008

kenapa perlu ada autonomi sendiri?

Apabila pergerakan ini berautonomi sendiri, lazimnya mereka seringkali menghadapi masalah dalam membuat keputusan terutama jika ianya bertentangan dengan dasar yang diamalkan di negara tersebut. Perkara ini selalunya akan menimbulkan polemik antara keduanya dan turut memberi impak kepada perhubungan keduanya. Jika hubungan renggang ini berterusan, pihak yang menerima lebih tekanan adalah di pihak pergerakan wanita tersebut memandangkan kuasa negara lebih besar. Sekatan aset ekonomi, bantuan dan disenarai hitam akan membuatkan pergerakan tersebut lumpuh dan sukar meneruskan agendanya. Pemisahan dari kelompok negara juga menyebabkan pergerakan tersebut sukar untuk memainkan peranan dalam negara sendiri dan turut menghadapi masalah berkaitan ekonomi. Contoh yang pernah berlaku di negara Jerman, pergerakan wanitanya gagal menyakinkan negara agar melakukan pembaharuan kepada kebebasan awam semasa era perubahan sedang berlaku. Berbanding dengan situasi di Jerman Timur yang lebih baik, peranan wanita tersebut gagal berikutan mereka gagal mengadakan hubungan yang baik dengan pihak kerajaan. Dalam kes berlainan, pemisahan ini hanya memberi kelebihan kepada sebahagian segmen sahaja, dan meninggalkan yang lebihnya dalam keadaan lemah. Faktor ini jelas apabila hanya pergerakan feminist liberal sahaja dilihat paling berjaya berbanding feminisma radikal, feminisma Marxist/sosialis dan feminisma psikoanalitik. Pendekatan kedua pula mengkaji ilmu feminis sebagai satu proses yang digelar sebagai gelombang pertama, gelombang kedua dan gelombang ketiga.

PEMISAHAN STRATEGIK


Pemisahan strategik bermaksud memilih untuk berasingan daripada campurtangan negara bagi membolehkan keputusan sendiri dibentuk. Ia juga merangkumi pilihan yang perlu dibuat oleh pergerakan wanita dalam memastkan setiap keputusannya adalah bebas dari pengaruh kerajaan disamping tidak menjauhkan pergerakan tersebut dengan kerajaannya.

Hal ini penting memandangkan autonomi mungkin dapat dicapai dengan cara ini, namun akan timbul beberapa permasalahn yang perlu dihadapi oleh pergerakan tersebut malah turut boleh menjadi punca kepada keretakan dalaman yang boleh menjadi faktor kegagalan pergerakan wanita dikebanyakan negara pada hari ini.

Tuesday, April 15, 2008

pergerakan wanita di eropah

Pergerakan Wanita di Kesatuan Eropah

AUTONOMI PERGERAKAN DAN PENGLIBATAN NEGARA

Pada hari ini, peluang penyertaan wanita dalam politik telah merebak dari sesebuah negara ke negara lain tanpa mengambil kira batasan sempadan dan masa. Boleh dikatakan setiap di setiap negara, telah terdapat kesedaran mengenai pentingnya pergerakan wanita ditubuhkan. Perkara ini pula telah menyebabkan pergerakan ini perlu berhadapan dengan pilihan-pilihan strategik bagi membolehkan pergerakan mereka mempunyai autonomi sendiri disamping dengan mudah dapat mempengaruhi dasar kerajaan. Pilihan ini berkait rapat tidak hanya dengan parti politik yang wujud, malah lebih dipengaruhi oleh dasar-dasar negara. Pilihan-pilihan ini disebabkan pelbagai faktor yang wujud dan berinteraksi dengan persekitaran dengan perlu mengambil kira faktor seperti budaya, politik, dan dimana pergerakan wanita ini wujud.

Mengikut teori feminis, pergerakan wanita haruslah tidak dikuasai oleh negara bagi membolehkan pergerakan tersebut mepunyai hak sendiri dalam menyuarakan pandangan mereka. Jika berlaku sebaliknya, pergerakan tersebut akan sukar membuat keputusan sendiri dan mereka akan sentiasa dibatasi Negara dalam banyak perkara. Keadaan ini akan melemahkan pergerakan tersebut dan dengan perlahan akan menghakis setiap fungsinya. Berdasarkan kajian yang dilakukan di negara ketiga, pergerakan wanita dilihat lebih berjaya jika sekiranya mereka mempunyai autonomi sendiri. Hal ini disebabkan mereka lebih bebas dari kawalan kerajaan atau negara dan yang seterusnya membolehkan sebarang keputusan atau dasar pergerakan tersebut diteruskan benar-benar berasaskan kepentingan pergerakan walaupunianya vis-à-vis negara. Ketiadaan autonomi sendiri telah membuatkan pergerakan wanita itu boleh dikonstrukan oleh pemerintah dengan menjadikan pergerakan tersebut sebagai alat berdasarkan kepentingan sendiri. Keadaan ini telah berlaku dibeberapa buah negara seperti Chile yang merangka pergerakan wanita sebagai dalam konteks agenda kerajaan bukan sebagai pergerakan yang bebas. Di Mexico pula, pergerakan wanita perlu menyerahkan autonomi mereka sekiranya mahukan pembiayaan dari pihak kerajaan. Dalam kes sepertimana Nigeria, kerajaannya tidak akan membenarkan sebarang bentuk pergerakan sekiranya pergerakan tersebut nyata bertentangan dengan polisi kerajaan.