Tuesday, April 15, 2008

pergerakan wanita di eropah

Pergerakan Wanita di Kesatuan Eropah

AUTONOMI PERGERAKAN DAN PENGLIBATAN NEGARA

Pada hari ini, peluang penyertaan wanita dalam politik telah merebak dari sesebuah negara ke negara lain tanpa mengambil kira batasan sempadan dan masa. Boleh dikatakan setiap di setiap negara, telah terdapat kesedaran mengenai pentingnya pergerakan wanita ditubuhkan. Perkara ini pula telah menyebabkan pergerakan ini perlu berhadapan dengan pilihan-pilihan strategik bagi membolehkan pergerakan mereka mempunyai autonomi sendiri disamping dengan mudah dapat mempengaruhi dasar kerajaan. Pilihan ini berkait rapat tidak hanya dengan parti politik yang wujud, malah lebih dipengaruhi oleh dasar-dasar negara. Pilihan-pilihan ini disebabkan pelbagai faktor yang wujud dan berinteraksi dengan persekitaran dengan perlu mengambil kira faktor seperti budaya, politik, dan dimana pergerakan wanita ini wujud.

Mengikut teori feminis, pergerakan wanita haruslah tidak dikuasai oleh negara bagi membolehkan pergerakan tersebut mepunyai hak sendiri dalam menyuarakan pandangan mereka. Jika berlaku sebaliknya, pergerakan tersebut akan sukar membuat keputusan sendiri dan mereka akan sentiasa dibatasi Negara dalam banyak perkara. Keadaan ini akan melemahkan pergerakan tersebut dan dengan perlahan akan menghakis setiap fungsinya. Berdasarkan kajian yang dilakukan di negara ketiga, pergerakan wanita dilihat lebih berjaya jika sekiranya mereka mempunyai autonomi sendiri. Hal ini disebabkan mereka lebih bebas dari kawalan kerajaan atau negara dan yang seterusnya membolehkan sebarang keputusan atau dasar pergerakan tersebut diteruskan benar-benar berasaskan kepentingan pergerakan walaupunianya vis-à-vis negara. Ketiadaan autonomi sendiri telah membuatkan pergerakan wanita itu boleh dikonstrukan oleh pemerintah dengan menjadikan pergerakan tersebut sebagai alat berdasarkan kepentingan sendiri. Keadaan ini telah berlaku dibeberapa buah negara seperti Chile yang merangka pergerakan wanita sebagai dalam konteks agenda kerajaan bukan sebagai pergerakan yang bebas. Di Mexico pula, pergerakan wanita perlu menyerahkan autonomi mereka sekiranya mahukan pembiayaan dari pihak kerajaan. Dalam kes sepertimana Nigeria, kerajaannya tidak akan membenarkan sebarang bentuk pergerakan sekiranya pergerakan tersebut nyata bertentangan dengan polisi kerajaan.